APAKAH
MAKSUD POSNATAL?
Posnatal atau pospartum adalah
tempoh 42 hari yang pertama selepas kelahiran bayi. Dalam tempoh masa posnatal
ini, para ibu digalakkan untuk lebih banyak bergerak bagi membantu tubuh badan
kembali kepada keadaan “normal”.
KENAPA PENTINGNYA UNTUK
BERSENAM SELEPAS BESALIN?
Otot perut/abdomen
Pada zahirnya, bahagian abdomen dilitupi dan disokong oleh
otot otot. Apabila bayi semakin membesar, otot abdomen akan regang . Keadaan
ini boleh menyebabkan bahagian tengah perut pisah. Jadi selepas bersalin, Otot
abdomen akan menjadi semakin lemah akibat perubahan paras hormon dan kekurangan
aktiviti semasa dalam tempoh pantang. Kombinasi senaman otot perut, otot lantai
pelvik serta deep abdominal muscle yang kuat amat
penting untuk mengekalkan kestabilan tulang belakang selepas bersalin.
Otot belakang
Sakit belakang akan kerap terjadi selepas bersalin. Antara faktor-faktor yang menjadi punca akibat daripada regangan ligamen sendi pelvis, posisi lithotomy semasa bersalin, postur menyusu bayi atau postur yang tidak baik semasa menukar lampin bayi, tegangan dan keletihan. Jadi senaman selepas bersalin ini akan menguatkan otot belakang anda dan akan mengelakkan masalah sakit belakang ini.
Sakit belakang akan kerap terjadi selepas bersalin. Antara faktor-faktor yang menjadi punca akibat daripada regangan ligamen sendi pelvis, posisi lithotomy semasa bersalin, postur menyusu bayi atau postur yang tidak baik semasa menukar lampin bayi, tegangan dan keletihan. Jadi senaman selepas bersalin ini akan menguatkan otot belakang anda dan akan mengelakkan masalah sakit belakang ini.
FAEDAH
SENAMAN POSTNATAL
Untuk mengekalkan mobility sendi
leher dan belakang.
Untuk mengelakkan sakit belakng
dengan menguatkan otot lumbar dan pelvik.
Untuk menguatkan otot perut
selepas bersalin.
GARIS
PANDUAN SENAMAN SELEPAS BERSALIN
Dalam enam minggu yang pertama selepas bersalin, semua senaman yang dilakukan seharusnya tidak mendatangkan rasa ketidakselesaan atau sakit. Walaubagaimanapun, pada permulaan nya, melakukan senaman ini mungkin akan menjadi sedikit sukar.
Sebelum memulakan sesuatu program senaman posnatal, berbincang lah
dengan doktor sakit puan atau ahli fisioterapi untuk mendapatkan nasihat yang
sewajarnya.
TANDA-TANDA
AMARAN
Jangan paksa diri anda. Badan anda akan menghasilkan tanda-tanda amaran sekiranya anda bersenam lebih atau melakukan senaman yang terlalu sukar. Tanda-tanda amaran tersebut mungkin seperti berikut;
·
Keletihan yang lebih.
·
Sakit pada otot dan sakit pada anggota badan.
·
Perubahan warna pada lochia (cecair
aliran faraj selepas bersalin) kepada warna merah atau merah jambu.
·
Aliran lochia yang meningkat .
·
Lochia mengalir semula selepas ia telah
berhenti.
CONTOH SENAMAN
POSTNATAL
Di bawah adalah senarai beberapa senaman
untuk menguatkan otot perut, otot lantai pelvik, otot abdomen dan otot belakang.
Credit to : portal MyHealth
Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment