PENGENALAN
Strok atau nama lainnya angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah menjadi pecah dan akhirnya tisu otak menjadi rosak, disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal.
GEJALA/ TANDA STROK
Antara gejala-gejala utamanya strok adalah :
· Kelemahan atau merasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan. Tanda-tanda ini mungkin muka yang meluyut, meleleh air liur, merasa lemah pada tangan atau kaki.
· Kekaburan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba
· Kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, atau pertuturan yang tidak jelas.
· Pening, kehilangan imbangan, kekeliruanPening, kehilangan imbangan, kekeliruan
· Sakit kepala yang teruk yang mengejut
· Rasa mual atau muntah
Kesan-kesan strok bergantung kepada bahagian otak yang mana telah terjejas dan keterukkan kerosakannya. Bagi sesetengah orang, kesannya agak sedikit dan ambil masa yang cepat untuk pulih. manakala yang lain mengalami kehilangan upaya yang lebih teruk dalam jangka panjang. Antara komplikasi penyakit strok ialah seperti kekurangan fizikal selepas strok seperti lumpuh, sendi kaki dan tangan menjadi keras, kesukaran bertutur dan memahami, serta membaca dan menulis, kehilangan penglihatan separa.,tidak dapat menelan dan sebagainya.
Oleh itu, kita hendaklah berusaha untuk mengelakkan daripada terkena serangan strok atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko untuk mendapat serangan strok. Terdapat 6 perkara yang kita boleh buat untuk mengelakkan daripada terkena strok ini.
1) Kawal tekanan darah
Tekanan darah tinggi ini menyebabkan aliran darah yang mengalir dalam pembuluh darah sangat cepat sehingga menyebabkan tekanan pada pembuluh darah. Jika tekanan terlalu tinggi, ianya berisiko untuk pembuluh darah akan menjadi pecah. Jadi anda hendaklah sentiasa mengawal paras tekanan darah anda dan sentiasa makan ubat mengikut arahan doktor.
Kolesterol menyebabkan pembentukan plak di dalam saluran darah (aterosklerosis), dan sekali gus menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Jadi apabila saluran darah sempit, tekanan tinggi diperlukan untuk mengepam darah dan ianya berisiko untuk saluran darah menjadi pecah. Jadi anda hendaklah mengawal tahap kolesterol anda dengan menjaga pemakanan contohnya menghindari makanan berminyak dan berlemak.
3) Kawal penyakit Diabetes
Dibandingkan dengan orang normal, pesakit diabetes memiliki risiko 1.5 kali lebih besar untuk terkena strok. Gula didalam darah yang berlebihan dapat menyebabkan pembentukan plak/ aterosklerosis dan menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Anda dinasihatkan untuk kurangkan pengambilan gula didalam pemakanan anda.untuk pesakit diabetes, hendaklah makan ubat mengikut apa yang ditetapkan oleh doktor.
4) Amalkan Cara Pemakanan Sihat
Ambil makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu rendah lemak, kurangkan lemak tepu dan garam. Lebihkan makanan berpotasium seperti pisang, kentang, avokado dan sayuran hijau. Kurangkan gula dalam masakan dan elakkan menikmati makanan yang tinggi garam seperti ikan masin dan ikan jeruk.
5) Berhenti merokok
Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Nikotin didalam kandungan rokok menjadikan salur darah akan menjadi tebal dan sempit sehingga menyukarkan aliran darah. Akibatnya, sebahagian badan mungkin menjadi lumpuh dan mengakibatkan maut kesan daripada salur darah pecah tersebut.
6) Kerap bersenam
Banyakkan aktiviti fizikal. Individu berisiko dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Apabila seseorang bersenam, denyutan nadi meningkat, pengaliran darah berjalan lancar dan membuka salur darah. Bersenam hendaklah dalam 90 hingga 150 minit seminggu.
No comments:
Post a Comment