[6 TIPS KEMPISKAN PERUT ANDA]
Perut buncit atau boroi sememangnya menjejaskan penampilan sesiapa saja tidak kira lelaki mahupun wanita apatah lagi apabila mahu menggayakan fesyen digemari.
KENAPA TERJADINYA PERUT BUNCIT
Lemak yang menyebabkan buncit pada perut sebenarnya terdiri daripada dua jenis. Lemak pertama adalah lemak yang disimpan tubuh di bawah kulit atau yang biasanya dipanggil lemak subkutaneus. Lemak kedua pula adalah lemak yang disimpan di rongga perut dan mengelilingi organ di dalam perut yang dikenali sebagai lemak viseral.
Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal (vena besar yang membawa darah dari usus ke hati) dan lemak ini tahan dengan kesan insulin (hormon yang mengawal metabolisme karbohidrat).
Semakin tinggi jumlah lemak viseral ini, semakin buncitlah seseorang itu. Ini kerana, jumlah lemak viseral berkait secara langsung dengan tahap kebuncitan perut dan antara kedua-dua jenis lemak berkenaan, lemak viseral nyata lebih berbahaya.
Penyakit yang mudah dihidapi individu berperut buncit:
- Penyakit kardiovaskular
- Rintangan insulin dan diabetes jenis 2
- Kanser kolorektal
- Apnea tidur
- Kematian awal
- Tekanan darah tinggi
Jadi, perut buncit haruslah dielakkan untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri masing-masing. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengempiskan perut sama ada dari segi pemakanan ataupun senaman.
TIPS KEMPISKAN PERUT
1) Minum air 8 gelas sehari.
Dengan minum air kosong yang banyak, ia membantu mengurangkan kadar pengambilan makanan berlebihan dan meningkatkan metabolisme.
2) Kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan m inuman.ini kerana gula adalah bahan bakar utama badan untuk menghasilkan tenaga. Tanpa gula tenaga tidak dapat dihasilkan. Namun jika jumlah pengambilan gula adalah melebihi keperluan badan, gula lebihan tersebut akan disimpan dalam bentuk lemak.
3) Sarapan yang sihat mengurangkan rasa lapar . Mengisi makanan yang betul boleh membendung keinginan makan berlebihan dan membuat anda berasa kenyang untuk tempoh masa tertentu. Menurut laporan jurnal kesihatan, Journal of the American College of Nutrition, sarapan pagi mampu mengawal berat badan malah mereka yang bersarapan memiliki berat badan yang lebih langsing dibandingkan mereka yang tidak suka bersarapan.
4) Postur badan yang betul ketika duduk.anda hendaklah duduk dalam keadaan yang tegak dan elakkan membongkok kehadapan. Ini kerana postur membongkok menyebabkan perut anda kelihatan lebih buncit dan juga boleh menyebabkan sakit belakang!
5) Makan secara besederhana, hendaklah mengamalkan prinsip “ makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang”. Walaupun makan secara besederhana, ianya hendaklah merangkumi kesemua kumpulan makanan didalam pyramid makanan.
6) Melakukan senaman otot perut. Ini yang paling penting, kerana senaman sangat membantu disamping penjagaan pemakanan. Senaman sangat efektif kerana membantu pembakaran lemak dengan cepat dan juga kempiskan perut kerana membabitkan pergerakan khusus pada otot perut.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai rawatan kami. KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment