Tuesday, December 31, 2019

SIHAT DAN KEMBALI RAMPING DENGAN SENAMAN POSTNATAL





APAKAH MAKSUD POSNATAL?
Posnatal atau pospartum adalah tempoh 42 hari yang pertama selepas kelahiran bayi. Dalam tempoh masa posnatal ini, para ibu digalakkan untuk lebih banyak bergerak bagi membantu tubuh badan kembali kepada keadaan “normal”.


KENAPA PENTINGNYA UNTUK BERSENAM SELEPAS BESALIN?

Otot perut/abdomen
Pada zahirnya, bahagian abdomen dilitupi dan disokong oleh otot otot. Apabila bayi semakin membesar, otot abdomen akan regang . Keadaan ini boleh menyebabkan bahagian tengah perut pisah. Jadi selepas bersalin, Otot abdomen akan menjadi semakin lemah akibat perubahan paras hormon dan kekurangan aktiviti semasa dalam tempoh pantang. Kombinasi senaman otot perut, otot lantai pelvik serta deep abdominal muscle yang kuat amat penting untuk mengekalkan kestabilan tulang belakang selepas bersalin.

Otot belakang
Sakit belakang akan kerap terjadi selepas bersalin. Antara faktor-faktor yang menjadi punca akibat daripada regangan ligamen sendi pelvis, posisi lithotomy semasa bersalin, postur menyusu bayi atau postur yang tidak baik semasa menukar lampin bayi, tegangan dan keletihan. Jadi senaman selepas bersalin ini akan menguatkan otot belakang anda dan akan mengelakkan masalah sakit belakang ini.


FAEDAH SENAMAN POSTNATAL

Untuk mengekalkan mobility sendi leher dan belakang.
Untuk mengelakkan sakit belakng dengan menguatkan otot lumbar dan pelvik.
Untuk menguatkan otot perut selepas bersalin.


GARIS PANDUAN SENAMAN SELEPAS BERSALIN

Dalam enam minggu yang pertama selepas bersalin, semua senaman yang dilakukan seharusnya tidak mendatangkan rasa ketidakselesaan atau sakit. Walaubagaimanapun, pada permulaan nya,  melakukan senaman ini mungkin akan menjadi sedikit sukar.
Sebelum memulakan sesuatu program senaman posnatal, berbincang lah dengan doktor sakit puan atau ahli fisioterapi untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.

TANDA-TANDA AMARAN

Jangan paksa diri anda. Badan anda akan menghasilkan tanda-tanda amaran sekiranya anda bersenam lebih atau melakukan senaman yang terlalu sukar. Tanda-tanda amaran tersebut mungkin seperti berikut;
·         Keletihan yang lebih.
·         Sakit pada otot dan sakit pada anggota badan.
·         Perubahan warna pada lochia (cecair aliran faraj selepas bersalin) kepada warna merah atau merah jambu.
·         Aliran lochia yang meningkat .
·         Lochia mengalir semula selepas ia telah berhenti.


CONTOH SENAMAN POSTNATAL

 Di bawah adalah senarai beberapa senaman untuk menguatkan otot perut, otot lantai pelvik, otot abdomen dan otot belakang.







Credit to : portal MyHealth

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI

Sunday, December 29, 2019

KENAPA BANGUN PAGI TAK BOLEH PIJAK LANTAI?




APA ITU PLANTAR FASCITIS?

Plantar Fascitis ialah masalah pada tumit kaki. Kumpulan sokongan tisu-tisu yang menyambungkan tulang tumit kepada jari dipanggil Plantar Fascia menjadi overstretched (terlebih tegang), membengkak dan iritasi. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk berdiri mahupun berjalan.




Apabila ditekan ia menimbulkan rasa sakit yang amat sangat. Kadang-kala anda boleh merasa satu benjolan (nodule) sebesar duit 5 sen pada bahagian yang paling sakit tersebut apabila anda menekan bahagian itu.



Antara penyebab Plantar fascitis ini ialah:




  1. Umur - Plantar Fasciitis paling kerap berlaku kepada individu yang berumur antara 40 hingga 60 tahun.  
  2. Berat badan berlebihan
  3. Memakai kasut yang tidak sesuai (keras, tidak selesa)
  4. Jenis aktiviti atau senaman yang kerap dilakukan. Aktiviti senaman yang banyak memberikan tekanan pada tumit juga menjadi faktor kepada kesakitan ini seperti berlari jarak jauh, melompat, tarian balet, aerobik dan seumpamanya.  Banyak berjalan atau berdiri lama
  5. Kasut Tumit Tinggi - kekerapan memakai kasut tumit tinggi juga boleh menyebabkan sakit tumit berlaku.
  6. Kekurangan fleksibiliti buku lali dan kaki

Tanda-tanda / Simptom Plantar Fascitis




Antara simptom nya ialah anda akan berasa sakit bila mula-mula nak melangkah tetapi lama kelamaan rasa sakit akan rasa sedikit berkurang dan kebiasaanya anda / pesakit yang mengalami akan meneruskan perjalanan dan urusan.Tetapi sebenarnya ini akan memudaratkan lagi keadaan ligamen yang telah koyak itu. Dan akan mengakibatkan kesakitan yang lebih memudaratkan. Oleh itu, jangan biarkan Plantar Fascitis ini.

Malah ada simptom plantar fasciitis selalunya teruk pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini kerana pada waktu pagi tisu plantar menjadi ketat dan berpijak ketika berjalan meregangkan tisu fiber itu. Selepas berjalan beberapa langkah, tisu fiber itu menjadi longgar dan sakit berkurangan. Namun, sakit akan kembali jika pesakit berjalan atau berdiri terlalu lama.


CARA-CARA RAWATAN



RAWATAN FISIOTERAPIS



FASA 1: RAWATAN AWAL
  • Tujuannya adalah untuk mengurangkan sakit dan bengkak
  • RICE

-Rest- Kurangkan aktiviti pada kaki
-Ice - Tuam ais pada kaki selama 20 minit dalam lakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari
-Compression – balutkan ais tersebut untuk kesan lebih efektif
-Elevation- tinggikan kaki lebih daripada jantung

FASA 2- REHABILITASI:
  • Tujuannya untuk mengurangkan sakit dan inflamasi
  • Ultrasound: Mengekalkan atau meningkatkan kelenturan (flexibility) tisu sekitar tumit yang cedera
  • Senaman regangan pada otot betis, Tendon Achilles dan plantar fascia





FASA 3- FASA MENGEMBALIKAN FUNGSI KAKI:
  • Untuk menguatkan otot intrinsic pada bahagian kaki contohnya closed chain therapeutic exercise (menggunakan tuala untuk menggerakkan ibu jari dan jari- jari kaki ke dalam)
  • Melindungi tempat sakit sewaktu melakukan aktiviti dengan “taping” dan pemakaian kasut yang betul


FASA 4- FASA KEMBALI SEPERTI BIASA
  • Bertujuan untuk kembali melakukan aktiviti seperti biasa


    - pemakaian kasut yang betul dan senaman menguatkan otot- otot berhampiran fascia tumit.



Ia juga boleh dirawat dengan cara berikut:-
  1. Memilih kasut atau selipar yang mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa
  2. Mengurangkan berat badan
  3. Ubat tahan sakit (semasa peringkat awal diagnosis) biasanya ubat anti-radang seperti Ponstan/ Voltaren / Celebrex

Sekiranya anda bertanya mengenai rawatan manakah yang terbaik, jawapannya semestilah dengan membuat pilihan yang bijak iaitu pemilihan serta penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa. Ini mungkin akan melibatkan kos pembelian yang sedikit tinggi, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta  boleh menghindari daripada masalah sakit tumit.

Kita tidak seharusnya mempertikaikan atau merasa berat hati untuk berbelanja lebih bagi mendapat barangan yang terbaik untuk diri sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya ianya mendatangkan manfaat dan kebaikan. Alah membeli, menang memakai…betul kan?


Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI

Friday, December 27, 2019

5 Senaman Mudah Untuk Lakukan Dirumah

5 Senaman Mudah  Untuk Lakukan Dirumah

KHAS UNTUK WANITA



Biasanya bila sudah sibuk bekerja, nak mulakan senaman rasa susah. Kekangan masa yang menjadi punca utamanya. Tapi adakah anda tahu, anda juga boleh melakukan senaman di rumah sahaja. Tanpa menggunakan alatan pun. 
Demi menjaga kesihatan diri yang tidak ternilai, ikuti lima langkah mudah yang boleh dilakukan di rumah:

1. Berjalan



Gunakan tangga di rumah anda untuk melakukan senaman. Sekiranya rumah anda tidak mempunyai tangga, anda cuma perlu berjalan di sekitar rumah untuk beberapa pusingan kerana ia membantu untuk menguatkan otot kaki.

2. Tekan tubi



Ini mungkin langkah yang agak sukar dilakukan kebanyakan kita tetapi percayalah ia boleh menjadi cara yang sangat senang untuk melakukan tekan tubi. Anda juga boleh mencuba latihan ini dengan berdiri pada dinding. Anda akan membina kekuatan lengan juga membabitkan kawasan otot dan dada anda.

3. Angkat kaki



Senaman ini bagus untuk menguatkan dan membina otot pada kaki. Sekiranya sukar untuk meluruskan kaki anda ke atas ketika berbaring, cuba bengkokkan sedikit. Ia pasti berhasil.

4. Lari setempat



Joging atau berlari setempat ternyata senaman yang bagus untuk kesihatan hati. Anda boleh melakukannya sambil menonton televisyen atau mendengar muzik di rumah.


5. Squat



Latihan ini baik untuk kaki dan punggung. Anda boleh mencuba dengan duduk dan berdiri semula dari kerusi tetap. Lakukan senaman ini untuk beberapa kali dan ia akan memberi manfaat kepada seluruh tubuh anda.


Setiap senaman ini anda boleh ulang 10 kali.  Dan rehat 10 saat bagi setiap senaman. Insha Allah, tak sampai setengah jam boleh siap.



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI



Tuesday, December 24, 2019

OPPSS PERUT BUNCIT?



[6 TIPS KEMPISKAN PERUT ANDA]




Perut buncit atau boroi sememangnya menjejaskan penampilan sesiapa saja tidak kira lelaki mahupun wanita apatah lagi apabila mahu menggayakan fesyen digemari.


KENAPA TERJADINYA PERUT BUNCIT


Lemak yang menyebabkan buncit pada perut sebenarnya terdiri daripada dua jenis. Lemak pertama adalah lemak yang disimpan tubuh di bawah kulit atau yang biasanya dipanggil lemak subkutaneus. Lemak kedua pula adalah lemak yang disimpan di rongga perut dan mengelilingi organ di dalam perut yang dikenali sebagai lemak viseral.


Lemak viseral yang berada di sekeliling perut adalah sumber asid lemak bebas yang terus masuk ke hati melalui vena portal (vena besar yang membawa darah dari usus ke hati) dan lemak ini tahan dengan kesan insulin (hormon yang mengawal metabolisme karbohidrat).


Semakin tinggi jumlah lemak viseral ini, semakin buncitlah seseorang itu. Ini kerana, jumlah lemak viseral berkait secara langsung dengan tahap kebuncitan perut dan antara kedua-dua jenis lemak berkenaan, lemak viseral nyata lebih berbahaya.


Penyakit yang mudah dihidapi individu berperut buncit:


- Penyakit kardiovaskular

- Rintangan insulin dan diabetes jenis 2

- Kanser kolorektal

- Apnea tidur

- Kematian awal

- Tekanan darah tinggi


Jadi, perut buncit haruslah dielakkan untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri masing-masing. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengempiskan perut sama ada dari segi pemakanan ataupun senaman.


TIPS KEMPISKAN PERUT

1) Minum air 8 gelas sehari.



Dengan minum air kosong yang banyak, ia membantu mengurangkan  kadar pengambilan makanan berlebihan dan meningkatkan metabolisme.


2)  Kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan m inuman.ini kerana gula adalah bahan bakar utama badan untuk menghasilkan tenaga. Tanpa gula tenaga tidak dapat dihasilkan. Namun jika jumlah pengambilan gula adalah melebihi keperluan badan, gula lebihan tersebut akan disimpan dalam bentuk lemak.





3) Sarapan yang sihat mengurangkan rasa lapar . Mengisi makanan yang betul boleh membendung keinginan makan berlebihan dan membuat anda berasa kenyang untuk tempoh masa tertentu. Menurut laporan jurnal kesihatan, Journal of the American College of Nutrition, sarapan pagi mampu mengawal berat badan malah mereka yang bersarapan memiliki berat badan yang lebih langsing dibandingkan mereka yang tidak suka bersarapan.





4) Postur badan yang betul ketika duduk.anda hendaklah duduk dalam keadaan yang tegak dan elakkan membongkok kehadapan. Ini kerana postur membongkok menyebabkan perut anda kelihatan lebih buncit dan juga boleh menyebabkan sakit belakang!





5) Makan secara besederhana, hendaklah mengamalkan prinsip “ makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang”. Walaupun makan secara besederhana, ianya hendaklah merangkumi  kesemua  kumpulan makanan didalam pyramid makanan.




6) Melakukan senaman otot perut. Ini yang paling penting, kerana senaman sangat membantu disamping  penjagaan pemakanan. Senaman sangat efektif kerana membantu pembakaran lemak dengan cepat dan juga kempiskan perut kerana membabitkan pergerakan khusus pada otot perut.





Ingin tahu lebih lanjut mengenai rawatan kami. KLIK DISINI

Panduan Penggunaan Baby Walker Secara Selamat


Panduan Penggunaan Baby Walker Secara Selamat



Penggunaan baby walker memberi banyak keburukan berbanding kebaikan. Tapi pada masyarakat kita di  Malaysia, penggunaan  baby walker ini sudah menjadi kebiasaan. Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan di luar negara berkenaan isu keburukan baby walker ini. Negara Kanada telah mengharamkan penggunaan baby walker dan dikenakan denda sebanyak $100 00 atau enam tahun penjara jika menyimpan alat itu kerana disebabkan  risiko  keselamatan dan kesan masalah lambat perkembangan fizikal serta mental.


Antara kesan lain penggunaan baby walker ini ialah ianya membantutkan perkembangan  kanak- kanak  dari segi fizikal. Kebiasaannya,  kanak kanak  akan meniarap, menjulur, merangkak, mengengsot, bertatih dan berjalan. tapi apabila mereka menggunakan baby walker, segala rangsangan untuk perkembangan motor kasar mereka  akan menjadi lambat.


Seramai  66 kanak kanak berumur  8 hingga 12 bulan  telah dipilih untuk menjalani satu kajian  oleh Crouchman pada tahun 1989 berkenaan isu ini. Merek terdiri daripada pengguna tegar, pengguna biasa dan bukan pengguna. Pada akhir kajian ini, kumpulan kanak kanak yang menjadi pengguna tegar alat baby walker ini  menunjukkan peratusan yang tinggi dalam masalah lambat perkembangan .


PILIHAN DITANGAN ANDA!


Setelah mengetahui semua keburukan penggunaan baby walker, sekarang pilihan ditangan anda. Sebagai ibubapa, anda haruslah bijak dalam membuat pilihan. Di Malaysia, untuk mengharamkan penggunaannya adalah mustahil.   Memang tidak dinafikan bahawa penggunaan baby walker ini ada kebaikan terutamanya memberi peluang kepada ibuibapa berehat sekejap tapi apa yang penting sekarang ialah  untuk memastikan anak anak selamat semasa menggunakan baby walker itu.


Bagaimana untuk selamat dan memastikan anak anak tidak mengalami masalah lambat perkembangan semasa menggunakan baby walker?

1) Pastikan umur minimum penggunaan baby walker ialah 4 bulan, dan maksimum 16 bulan.

2) Ibubapa hendaklah pastikan otot leher anak2 sudah cukup kuat untuk angkat kepala.
Faham tak? Maksudnya kepala baby boleh tegak bila kita berdirikan baby tu.



3. Ibubapa hendaklah pastikan kaki anak2 sudah kuat, maksudnya kaki baby boleh jejak lantai dan boleh menampung badan menggunakan kaki.


4. Limitkan masa penggunaan, maksimum 2 jam sehari.

5. Pastikan kawasan sekitar anak2 selamat untuk mengelakkan kemalangan. Maksudnya, jangan biarkan anak2 bermain di sekitar kawasan tangga.

6. Sekiranya anak2 sudah pandai berjalan/bertatih, jangan gunakan baby walker lagi. Cadangan: ibubapa boleh beli jenis yang berdiri macam ni

Penggunaan baby walker jenis berdiri lebih sesuai berbanding jenis duduk.

Oleh itu, ibubapa harus menitikberatkan penggunaan baby walker ini dan haruslah mengikut panduan yang diberikan sebelum memberi anak-anak duduk di dalam baby walker ini.



Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami? KLIK DISINI


Masalah Berjalan Dalam Kalangan Warga Emas



Pengenalan



Seramai 35% peratus warga emas berumur 70 tahun dan ke atas mengalami masalah berjalan.  Masalah berjalan melibatkan banyak faktor contohnya, kelajuan berjalan (kelajuan berkurangan), kehilangan keseimbangan dan koordinasi pergerakan. Untuk warga emas, kelajuan berjalan, masa bangun dari posisi duduk dan kebolehan untuk menyeimbangkan badan adalah tanda-tanda penting pada kebolehan warga emas melakukan aktiviti seharian seperti membeli-belah, memandu, memasak dan lain-lain. Kebolehan untuk berjalan tanpa bantuan memerlukan daya tumpuan yang baik, kekuatan  dan kawalan otot yang kuat agar rangsangan deria rasa dan pergerakan otot dapat dikoordinasi dengan baik.

Sebab-sebab masalah berjalan


Masalah berjalan  dikalangan warga emas selalunya disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan gangguan atau ketidakseimbangan gait adalah:

  • Penyakit Neurodegeneratif seperti Penyakit Parkinsonangin ahmar/strok, penyakit cerebelar dan nyanyuk.
  • Masalah Otot dan Tulang seperti perubahan  degeneratif pada sendi buku lali, lutut atau pinggung dan menjadi bongkok.

  • Kekurangan deria rasa seperti masalah penglihatan.
  • Kesan sampingan ubat-ubatan dan alkohol
  • Masalah psikiatrik seperti takut jatuh.
  • Sebab-sebab lain seperti kecederaan.

Diagnosis


Doktor akan mengenalpasti sebanyak mungkin  faktor-faktor penyumbang terhadap masalah berjalan.
Diagnosis boleh dikenalpasti melalui cara:
  • Perbincangan dengan doktor mengenai segala kerisauan dan masalah berkaitan pergerakan/mobility. Sasaran mengenai apa yang boleh dan perlu dicapai juga akan dibincangkan.
  • Doktor juga akan membuat pemerhatian  ke atas cara anda berjalan sama anda dengan atau tanpa alat bantuan .
  • Penilaian ke atas semua masalah berkaitan gait akan dijalankan. .
Penilaian secara menyeluruh termasuklah:
  • Sejarah pesakit– Meliputi sejarah perubatan lampau dan isu-isu berkaitan gait. Contohnya sejarah jatuh yang terdahulu, kesukaran semasa menaiki tangga atau bangun daripada posisi duduk. Pening semasa perubahan posisi (contohnya dari duduk ke bangun) Juga akan ditanya.  Sejarah pengambilan ubat-ubatan adalah penting; contohnya ubat anti psikotik mungkin menyebabkan cara berjalan warga emas seperti pesakit Parkinson.
  • Pemeriksaan Fizikal– Pemeriksaan fizikal yang teliti perlu dilakukan dengan perhatian khas pada pemeriksaan sistem otot dan tulang, sistem saraf dan kognitif.
  • Penilaian cara berjalan– Penilaian cara berjalan secara rutin boleh dilakukan oleh doktor di klinik kesihatan primer tetapi masalah berjalan yang lebih kompleks perlu dinilai oleh doktor pakar.
  • Pengimejan– Pengimejan kadang-kadang perlu dijalankan, contohnya CT scan atau MRI otak dilakukan untuk mengenalpasti masalah pada bahagian otak.

Komplikasi masalah berjalan


Pengurangan pergerakan disebabkan oleh masalah berjalan boleh menjejaskan kualiti hidup warga emas dan meningkatkan morbiditi dan kematian disebabkan oleh jatuh.



Rawatan


Rawatan adalah bergantung  kepada masalah yang telah dikenalpasti dan terdiri daripada rawatan fisioterapi, ubat-ubatan dan terapi tingkahlaku. Jika aktiviti fizikal yang membabitkan pengembangan otot seperti mengelap lantai dan naik turun tangga dilakukan secara berterusan mengikut jangka masa yang ditetapkan, ia juga boleh menjadi satu senaman. Sesetengah intervensi boleh menyebabkan penambahbaikan cara berjalan dan fungsi warga emas, contohnya:

  • Latihan kekuatan

    Program senaman boleh membantu warga emas yang mempunyai masalah pergerakan. Senaman ini boleh meningkatkan kekuatan dan kelajuan berjalan, terutamanya untuk warga emas dengan pergerakan yang perlahan. Walaubagaimanapun, ini perlu dilakukan secara berhati-hati dan perlahan-lahan untuk mengelakkan warga emas berasa letih. Ini juga disebabkan warga emas mungkin mempunyai penyakit lain termasuklah penyakit jantung.
  • Latihan keseimbangan

    Pesakit warga emas dengan masalah keseimbangan boleh mendapat faedah dengan latihan keseimbangan. Latihan keseimbangan merupakan latihan yang paling penting untuk mengurangkan risiko jatuh dalam kalangan warga emas.
  • Alat-alat bantuan

    Alat-alat bantuan boleh menolong warga emas mengekalkan keupayaan bergerak dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Contoh alat bantuan ialah tongkat.

Pencegahan


Bagi warga emas, peningkatan aktiviti fizikal boleh membantu mengekalkan kebolehan bergerak. Pesakit perlu dinasihatkan untuk meningkatkan kelajuan dan tempoh berjalan secara beransur-ansur dalam beberapa bulan. Pencegahan masalah berjalan termasuklah senaman dan latihan keseimbangan.


Kredit kepada : Portal KKM

Ingin tahu lebih lanjut mengenai rawatan kami. KLIK DISINI