Penyakit strok atau angin ahmar boleh dikatakan antara
pembunuh no satu rakyat Malaysia. Pengamalan gaya hidup yang tidak sihat adalah
faktor berlakunya strok. Strok juga merupakan pembunuh yang tersembunyi. Jadi,
hati-hati ya semua.
Oleh itu, marilah kita sama-sama amalkan cara mengurangkan
berlakunya risiko strok ataupun langkah-langkah mencegah strok supaya akan
lebih berwaspada dan berhati-hati dalam aktiviti harian dengan selalu menjaga
kesihatan. Antara 5 cara mudah untuk mencegah strok adalah seperti yang telah
dihuraikan di bawah :
1. Pemeriksaan Tekanan Darah Secara Rutin
Tekanan darah yang tinggi kadangkala boleh menyebabkan
pembuluh darah mengalami tekanan yang berlebihan. Oleh itu, dengan mengawal
tekanan darah secara berkala akan mengurangkan risiko untuk mendapat stroke.
Walaupun sekarang ini tidak menunjukkan sebarang gejala, periksalah tekanan
darah dengan teratur.
2. Makan Makanan Yang Seimbang
Pemakanan yang sihat dan seimbang juga memainkan peranan
dalam membantu mengurangkan risiko penyakit strok. Hindarkan pengambilan
makanan yang tinggi kolestrol dan lemak seperti keju kerana ia membuatkan
pembuluh darah mengeras. Makan makanan berserat lebih baik kerana ia dapat
mengurangkan lemak dalam darah. Amalkan kempen yang dianjurkan oleh kerajaan
iaitu suku-suku separuh. Suku yang pertama karbohidrat (nasi, mi, roti atau
bijirin), suku yang kedua protein (ayam, ikan, daging atau kekacang) dan
separuh adalah serat (sayur atau buah).
3. Melakukan Senaman
Melakukan senaman sebagai rutin mingguan dapat membantu
untuk menurunkan tekanan darah serta kekal sihat dari segi mental dan fizikal.
Bukan sahaja itu ia juga boleh membantu dalam proses mengawal berat badan agar
tidak menjadi obesiti. Kedua-duanya amat penting untuk mencegah strok. Saranan
untuk beriadah atau melakukan senaman ini adalah 2 jam/minggu supaya jantung
berada dalam keadaan baik.
4. Berhenti Merokok
Merokok merupakan penyebab utama berlakunya atherosclerosis
(pengerasan dinding pembuluh darah) dan seterusnya mempercepatkan
pembekuan/penggumpalan darah. Dengan terjadinya gumpalan itu, maka akan
berlakunya kesukaran untuk bernafas. Ia juga boleh menyebabkan risiko yang
tinggi untuk berlakunya strok kerana jantung menjadi lemah untuk mengepam darah
ke seluruh badan.
5. Mengelakkan Tekanan/Stress
Tekanan dan kemurungan dikatakan dapat menimbulkan masalah
yang sama seperti tekanan darah tinggi. Jika tekanan yang dihadapi tidak
diatasi dengan cara yang bijak, ianya boleh menimbulkan masalah pada masa akan
datang. Ini boleh mengakibatkan meningkatnya tekanan darah dan seterusnya
mendapat penyakit strok. Bagi Muslim, sangatlah disarankan untuk melakukan
solat kerana solat dapat menenangkan fikiran daripada segala kekusutan.
Semoga dengan cara mudah untuk mencegah strok yang
dikongsikan ini dapat memberikan info baru buat semua pembaca dan membantu
menyelamatkan banyak nyawa. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment