Wednesday, January 22, 2020

5 PANDUAN KETIKA BERSENAM UNTUK PESAKIT JANTUNG

IKUTI 5 PANDUAN KETIKA BERSENAM  INI UNTUK PESAKIT JANTUNG




Senaman merupakan komponen yang penting dalam mengekalkan kesihatan jantung. Bagi mereka yang mengalami penyakit jantung, mereka tetap perlu bersukan. Namun, anda perlu sedar bahawa keadaan jantung anda sudah tidak seperti orang biasa. Oleh itu, ia memerlukan disiplin tertentu untuk kekal selamat semasa melakukan aktiviti fizikal.

Pada permulaan, anda dinasihatkan supaya berehat dari melakukan aktiviti lasak tersebut dalam tempoh empat minggu dari terkena serangan jantung. Berehat bukan bermakna tidur sepanjang masa dan baring atas katil. Tetapi proses aktiviti senaman menguatkan jantung perlu diadakan seawal 10 hari pertama. Rehabilitasi jantung ini penting bagi memastikan otot jantung akan mendapat sumber darah yang secukupnya. Selepas tempoh tersebut, senaman mestilah diteruskan untuk memastikan jantung terus kuat dan sihat.

Untuk bersenam, ikuti panduan dibawah supaya anda kekal sihat dan selamat sewaktu bersenam.

1. Mulakan sedikit demi sedikit



Senaman untuk kuatkan jantung perlu dimulakan secara perlahan. Ia bergantung kepada kapasiti anda dan status serangan jantung anda. Mulakan dahulu dengan berjalan sekitar rumah 10 minit setiap sesi dan kemudian ditingkatkan setiap minggu sehingga kadar minima 150 minit seminggu (purata minima 20 minit setiap hari). Jangan lakukan senaman dengan terlalu drastik dan berat. Berikan badan anda masa untuk mendapatkan rentaknya. Dapatkan rehat antara senaman.

2. Elakkan aktiviti fizikal di luar dalam keadaan cuaca  panas.



Suhu terlalu panas boleh menganggu peredaran darah, menyebabkan sesak nafas dan sakit dada. Dalam keadaan cuaca seperti ini, sebaiknya lakukan aktiviti dalaman seperti berjalan di pasaraya.

3. Jangan abaikan minum air.



Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh dan kekal terhidrat sepanjang masa. Minum air walaupun tidak berasa haus. Habiskan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

4. Berehat seketika jika penat.



Perlahankan aktiviti anda dan rehat seketika jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.


5. Amalkan senaman pernafasan ketika bersenam




Jika anda berasa sesak nafas ketika bersenam, rehat seketika dan amalkan senaman pernafasan. Cara pernafasan yang baik adalah dengan pernafasan yang perlahan, berirama, sedutan nafas yang dalam dengan pergerakan abdomen yang akan menyebabkan sedutan oksigen yang maksimum. Tarik nafas menggunakan hidung, kemudian hembus melalui mulut  secara perlahan-lahan.



Aktiviti yang perlu dielakkan bagi pesakit jantung.

Aktiviti melibatkan tekanan ke atas rintangan seperti tekan tubi dan angkat berat perlu dielakkan kerana ia memberikan beban yang banyak ke atas jantung. Kerja-kerja harian di rumah juga kadangkala boleh membuatkan anda letih. Jangan memaksa diri melakukan semua kerja di rumah sehingga berasa penat

Berhati-hati semasa bersenam

Jangan lakukan sebarang aktiviti fizikal semasa demam atau tidak sihat. Keadaan itu sendiri sudah memberikan tekanan ke atas jantung. Jika ditambah dengan aktiviti fizikal, jantung mungkin tidak mampu menampungnya.

Semasa melakukan apa-apa aktiviti, berhenti dan rehat jika:

1. Terlalu penat dan sesak nafas.
2. Pening kepala.
3. Tidak selesa pada dada, leher, rahang atau bahu.
4. Rasa lemah badan.

Jika masih tidak hilang selepas berhenti dan berehat, dapatkan bantuan perubatan segera.




Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami?KLIK DISINI

No comments:

Post a Comment