Saturday, January 25, 2020

OH RUPANYA INI YANG MENYEBABKAN OTOT KEJANG!


PENGENALAN

Kaki kejang merupakan masalah biasa yang sering dihadapi oleh kebanyakkan orang.  Kekejangan otot ini selalunya berlaku secara tiba-tiba dan ia tidak mampu dikawal. Keadaan ini selalunya melibatkan otot bahagian betis dan pesakit selalunya terduduk kesakitan disebabkan masalah ini.

Kekejangan otot yang paling mengejutkan biasanya terjadi ketika anda tidur. Selalunya pesakit akan meloncat daripada katil dan memegang kaki yang mengalami kekejangan disebabkan masalah tersebut.


BAHAGIAN SERING BERLAKU KEKEJANGAN OTOT


Selain betis, kekejangan otot juga boleh berlaku dibahagian lain seperti:

- Leher

- Abdomen

- Tapak kaki

- Tangan



PUNCA TERJADINYA KEKEJANGAN OTOT


Beberapa punca kepada masalah kekejangan otot ini adalah:

1) Dehidrasi: Seseorang yang mengalami kekeringan selalunya akan mempunyai jumlah mineral yang tidak normal di dalam badan. Perkara ini akan mendedahkan seseorang itu untuk mengalami kekejangan otot

2) Peredaran darah yang tidak cukup kebahagian kaki. Perkara ini selalunya berlaku apabila seseorang itu meletakkan kakinya dalam posisi melipat. Ini menyebabkan salur darah terhimpit dan aliran darah berkurangan ke bahagian kaki.

3) Muntah dan cirit-birit: Masalah ini akan menyebabkan mineral daripada dalam badan keluar sekali bersama muntah dah cirit tersebut. Ini akan menyebabkan mineral di dalam badan menjadi tidak seimbang


4) Senaman secara berlebihan akan menyebabkan seseorang itu mengalami dehidrasi dan menggangu fungsi badan.


Perlu diketahui bahawa, majoriti daripada masalah kaki kejang ini berlaku secara tiba-tiba tanpa apa-apa punca yang berbahaya. Ia boleh baik dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan ataupun ujian untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut. 

Tetapi jika ia kerap berlaku, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor.

SENAMAN REGANGAN UNTUK MASALAH KEJANG OTOT




Wednesday, January 22, 2020

5 PANDUAN KETIKA BERSENAM UNTUK PESAKIT JANTUNG

IKUTI 5 PANDUAN KETIKA BERSENAM  INI UNTUK PESAKIT JANTUNG




Senaman merupakan komponen yang penting dalam mengekalkan kesihatan jantung. Bagi mereka yang mengalami penyakit jantung, mereka tetap perlu bersukan. Namun, anda perlu sedar bahawa keadaan jantung anda sudah tidak seperti orang biasa. Oleh itu, ia memerlukan disiplin tertentu untuk kekal selamat semasa melakukan aktiviti fizikal.

Pada permulaan, anda dinasihatkan supaya berehat dari melakukan aktiviti lasak tersebut dalam tempoh empat minggu dari terkena serangan jantung. Berehat bukan bermakna tidur sepanjang masa dan baring atas katil. Tetapi proses aktiviti senaman menguatkan jantung perlu diadakan seawal 10 hari pertama. Rehabilitasi jantung ini penting bagi memastikan otot jantung akan mendapat sumber darah yang secukupnya. Selepas tempoh tersebut, senaman mestilah diteruskan untuk memastikan jantung terus kuat dan sihat.

Untuk bersenam, ikuti panduan dibawah supaya anda kekal sihat dan selamat sewaktu bersenam.

1. Mulakan sedikit demi sedikit



Senaman untuk kuatkan jantung perlu dimulakan secara perlahan. Ia bergantung kepada kapasiti anda dan status serangan jantung anda. Mulakan dahulu dengan berjalan sekitar rumah 10 minit setiap sesi dan kemudian ditingkatkan setiap minggu sehingga kadar minima 150 minit seminggu (purata minima 20 minit setiap hari). Jangan lakukan senaman dengan terlalu drastik dan berat. Berikan badan anda masa untuk mendapatkan rentaknya. Dapatkan rehat antara senaman.

2. Elakkan aktiviti fizikal di luar dalam keadaan cuaca  panas.



Suhu terlalu panas boleh menganggu peredaran darah, menyebabkan sesak nafas dan sakit dada. Dalam keadaan cuaca seperti ini, sebaiknya lakukan aktiviti dalaman seperti berjalan di pasaraya.

3. Jangan abaikan minum air.



Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas senaman untuk menggantikan kehilangan peluh dan kekal terhidrat sepanjang masa. Minum air walaupun tidak berasa haus. Habiskan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

4. Berehat seketika jika penat.



Perlahankan aktiviti anda dan rehat seketika jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan senaman.


5. Amalkan senaman pernafasan ketika bersenam




Jika anda berasa sesak nafas ketika bersenam, rehat seketika dan amalkan senaman pernafasan. Cara pernafasan yang baik adalah dengan pernafasan yang perlahan, berirama, sedutan nafas yang dalam dengan pergerakan abdomen yang akan menyebabkan sedutan oksigen yang maksimum. Tarik nafas menggunakan hidung, kemudian hembus melalui mulut  secara perlahan-lahan.



Aktiviti yang perlu dielakkan bagi pesakit jantung.

Aktiviti melibatkan tekanan ke atas rintangan seperti tekan tubi dan angkat berat perlu dielakkan kerana ia memberikan beban yang banyak ke atas jantung. Kerja-kerja harian di rumah juga kadangkala boleh membuatkan anda letih. Jangan memaksa diri melakukan semua kerja di rumah sehingga berasa penat

Berhati-hati semasa bersenam

Jangan lakukan sebarang aktiviti fizikal semasa demam atau tidak sihat. Keadaan itu sendiri sudah memberikan tekanan ke atas jantung. Jika ditambah dengan aktiviti fizikal, jantung mungkin tidak mampu menampungnya.

Semasa melakukan apa-apa aktiviti, berhenti dan rehat jika:

1. Terlalu penat dan sesak nafas.
2. Pening kepala.
3. Tidak selesa pada dada, leher, rahang atau bahu.
4. Rasa lemah badan.

Jika masih tidak hilang selepas berhenti dan berehat, dapatkan bantuan perubatan segera.




Ingin tahu lebih lanjut berkenaan rawatan kami?KLIK DISINI

Monday, January 13, 2020

KERAP SENDAWA APABILA DIURUT? AWAS, ITU BUKANLAH ANGIN!



Sendawa ialah salah satu cara badan untuk mengeluarkan gas secara semulajadi.
Gas dapat masuk ke dalam badan kita pada saat kita makan, minum, atau berbicara.

Pada waktu badan kita diurut, maka badan akan memberikan 2 respon, iaitu :

1. Respon mekanik sebagai hasil dari tekanan dan gerakan secara lembut dan berterusan saat jaringan halus diurut (manipulation).
2. Respon reflek dari stimulasi saraf.

Kedua-dua respon tersebut bekerja secara bersama-sama ketika badan kita diurut untuk melancarkan aliran darah.


Sebab itu, bila habis diurut badan kita akan terasa ringan dan lega.

"Angin" yang keluar ketika sendawa apabila badan dipicit/diurut itu sebenarnya disebabkan oleh reflex tubuh, kerana apabila kulit disentuh dan diberikan urutan, ianya akan merehatkan otot-otot perut lalu "angin" terus lari keluar melalui esophagus dan ianya dimanifestasikan sebagai sendawa angin.


Apabila perut yang kembung dipenuhi oleh angin/gas, tentunya pesakit akan merasa lega jika angin/gas dapat dikeluarkan melalui cara ini.

Pengeluaran gas dari perut/gastrik melalui esophagus secara aliran anti-peristalsis ini dinamakan GERD - GastroEsophagal Reflex Disease. Ianya disebabkan oleh spinchter (otot pengecutan) pada bahagian persimpangan (junction) gastric (perut) dan esophageal menjadi lemah atas banyak sebab.                                                                                                                                                                                 
Bila tidak dikeluarkan, gas yang terdapat dalam badan kita boleh menyebabkan perut kembung dan sakit perut. Serta boleh menyebabkan masalah/penyakit lain dalam badan kita.


Apa yang pasti, sendawa ketika berurut itu bukanlah akibat tubuh dipenuhi angin.                                                                                                         

Ingin tahu lebih lanjut mengenai rawatan kami. KLIK DISINI

Friday, January 10, 2020

KETULAN TUMBUH DI TUMIT? RASA TAJAM SEPERTI TAJI AYAM?



PENGENALAN




Heel spur´ adalah keadaan di mana terdapat bonjolan tulang pada tulang tumit (pada bahagian bawah tulang).Maksudnya, terdapat tulang yang baru tumbuh di bahagian tumit kaki.

 Tahukah anda, tulang tumit adalah tulang yang terbesar di kaki dan fungsi utamanya adalah untuk menyerap hentakan ketika bergerak. Jadi, apabila bergerak, bebanan badan dan hentakan akan menekan tulang tersebut dan menambah kesakitan apabila bergerak.


PUNCA DAN RISIKO




Heel spur´ terjadi disebabkan oleh bonjolan tulang yang tidak normal pada tulang tumit  iaitu terdapat pemendakan garam kalsium akibat ketegangan plantar fasia.  Ketegangan ini boleh berlaku kepada individual tertentu yang mempunyai tapak kaki yang tidak normal ( high arch atau flat feet ). Perempuan mempunyai risiko yang lebih dari lelaki untuk mengalami ´heel spur´ disebabkan jenis pemakaian kasut.


SIMPTOM-SIMPTOM HEEL SPUR

Gejala - gejala sakit tumit kaki adalah :

1. Sakit di bahagian bawah tumit.




2. Sakit di gerbang kaki.

3. Kesakitan yang meningkat dalam tempoh beberapa bulan.

4. Bengkak pada bahagian bawah tumit.

5. kesakitan yang lebih teruk apabila mereka bangun pada waktu pagi.



RAWATAN FISIOTERAPI UNTUK MASALAH HEEL SPUR


1. Ais. Meletakkan pek ais pada tumit anda selama 20 minit beberapa kali sehari membantu mengurangkan keradangan. Letakkan tuala nipis di antara ais dan tumit anda; jangan letak ais terus ke atas kulit.




2. Ultrasound . alat ini adalah untuk mengurangkan keradangan pada sekitar tumit yang sakit.


3. Shockwave Therapy. Alat ini digunakan untuk menumpulkan tulang tajam yang menekan tulang tumit yang menyebabkan kesakitan sewaktu bergerak.

4. Latihan regangan. Latihan yang meregangkan otot betis membantu meringankan kesakitan dan membantu pemulihan.






5. Latihan kekuatan. senaman ini diperlukan untuk menguatkan otot sekitar tapak kaki supaya risiko untuk kecederaan berulang menurun.



CARA - CARA MENGATASI SAKIT TUMIT

1. Elakkan dari berkaki ayam. Apabila anda berjalan tanpa kasut, anda meletakkan ketegangan yang berlebihan dan tekanan pada fascia plantar anda.

2. Hadkan aktiviti. Kurangkan aktiviti fizikal untuk memberikan tumit anda berehat.

3. Pengubahsuaian kasut. Memakai kasut sokongan yang mempunyai sokongan lengkungan yang baik dan tumit yang sedikit dibangkitkan mengurangkan tekanan pada fascia plantar.

4. Ubat-ubatan. Ubat anti-radang nonsteroid oral (NSAIDs), seperti ibuprofen atau mefenemic acid, disyorkan untuk mengurangkan kesakitan dan keradangan.

5. Padding, membalut dan strapping. Meletakkan pad pada kasut melembutkan kesan berjalan. Ketukan dan sokongan menolong menyokong kaki dan mengurangkan ketegangan pada fascia.

6. Peranti Orthotik. Peranti orthotic serta kasut membetulkan struktur abnormal yang menyebabkan plantar fasciitis.

7. Terapi suntikan. Dalam sesetengah kes, suntikan kortikosteroid digunakan untuk membantu mengurangkan keradangan dan melegakan kesakitan.

8. Cast kaki yang boleh ditanggalkan. Cast kaki boleh digunakan untuk memastikan kaki anda tidak bergerak selama beberapa minggu untuk membolehkannya berehat dan menyembuhkan.

10. Splint malam. Memakai splint malam membolehkan anda mengekalkan hamparan plantar fascia semasa tidur. Ini boleh membantu mengurangkan sakit pagi yang dialami oleh sesetengah pesakit.




Ingin tahu lebih lanjut mengenai rawatan kami. KLIK DISINI


Monday, January 6, 2020

JARI SELALU TERSANGKUT, TAK BOLEH NAK LURUS?



MAKSUD TRIGGER FINGER

‘Trigger finger’ adalah satu keadaan  yang biasa berlaku di mana jari anda tersangkut semasa di posisi bengkok dan akan mengeluarkan bunyi ‘pop’ semasa diluruskan.


PUNCA TERJADI





Trigger finger berlaku disebabkan oleh kesempitan salur tendon di jari . Sebab utama kesempitan ini adalah pergerakan menggenggam yang berulang oleh jari yang terlibat. Masalah ini biasanya lebih biasa ditemui pada kaum wanita diantara umur 40 hingga 60 tahun dan lebih kerap berlaku dalam populasi pesakit diabetes mellitus dan rheumatoid arthritis.


TANDA-TANDA TRIGGER FINGER



- Sakit di pangkal jari atau ibu jari yang terjejas, sangkut di dalam kedudukan yang bengkok.

- Bunyi ‘pop’ apabila meluruskan jari.

- Satu nodul (pertumbuhan yang kecil atau ketulan tisu) pada pangkal jari atau ibu jari yang terjejas.

- Kekejangan jari atau ibu jari yang terjejas, terutamanya pada waktu pagi. Lama kelamaan ia mungkin sukar untuk meluruskan jari atau ibu jari dan ia terus dalam kedudukan yang bengkok.

- Rasa panas pada bahagian jari yang terlibat.


Jari pesakit biasanya akan  rasa sakit dan tersangkut  pada bahagian ibu jari, jari telunjuk atau jari tengah. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, masalah ini akan berlarutan sehingga menyebabkan jari menjadi ‘lekat’ atau ‘jammed’. Pada peringkat awal, pesakit mungkin masih boleh meluruskan jari tersebut dengan menggunakan tangan beliau yang sebelah lagi, namun pada peringkat yang teruk, jari ini tidak akan dapat diluruskan langsung.

BAGAIMANA FISIOTERAPI BOLEH MEMBANTU MASALAH TRIGGER FINGER?

Rawatan fisioterapi dapat membantu mengurangkan bengkak, melegakan kesakitan dan kekejangan dan mendapatkan semula pergerakan fungsi jari, supaya anda boleh kembali kepada tugas harian anda dengan seberapa segera yang mungkin.

Antara Rawatan Fisioterapi ialah:

- Urutan, untuk memecahkan nodul(ketulan tisu) yang menjadi punca sakit.



- Elektroterapi, contohnya ultrasound, untuk mengurangkan keradangan.


- Terapi sejuk, untuk mengurangkan bengkak.



- Senaman regangan, untuk meregangkan otot dan sendi yang ketat.


- Senaman kekuatan otot, untuk menguatkan semula otot yang lemah.





Ingin tahu lebih lanjut mengenai rawatan kami. KLIK DISINI